gravatar

Festival Nasyid Kemerdekaan IPT Peringkat Kebangsaan 2007 - UPM Johan Buat Kali Kedua!

2 September 2007 - Kelab Nasyid Nahwan Nur UPM melakar sejarah sekali lagi dengan merangkul JOHAN dalam Festival Nasyid Kemerdekaan IPT Peringkat Kebangsaan 2007/1428H. Penganjuran edisi keempat oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ini telah diadakan sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 50 tahun yang juga menjadi acara tahunan universiti tersebut.



Selain merangkul johan keseluruhan, kumpulan ini juga dianugerahkan persembahan terbaik sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM500 ringgit sementara hadiah johan sebanyak RM3000 ringgit. Kejayaan besar Nahwan Nur ini telah disempurnakan oleh Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis yang berbangga dengan persembahan yang telah disampaikan oleh kumpulan nasyid ini. Selain wang tunai, Nahwan Nur juga berjaya membawa pulang sekali lagi Piala Pusingan Tuanku Canselor UniMAP.



Sebanyak 14 buah universiti mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan hanya 6 kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir iaitu UPM, UKM, UniMAP, UIAM, UUM, dan UNIMAS. Tempat kedua adalah dari tuan rumah UniMAP dan ketiga dari UNIMAS.

Waktu

Waktu Solat

Shout Box


ShoutMix chat widget

Media

Sedang dikemaskini..

Al-Quran

Hadith Muslim